PERKUBURAN ISLAM RAUDHATUL JANNAH BANDAR DARUL AMAN JITRA KEDAH

Learn More...

 

salam3

 PORTAL RAUDATUL JANNAH BANDAR

DARULAMAN 

ad4d57fd cbad 4007 a563 18dc52508123

photo1624504245

Carian E-pusara

Raudhatul Jannah Bandar Darulaman

Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Jannah ( RJ ) Kariah Masjid Al-Muhsinin dan Masjid Al-Ikhlas

Latar belakang

Tanah perkuburan ini terletak di kawasan perumahan Taman Tunku Intan Shafinaz Bandar Darulaman.

Keluasan tanah perkuburan ini adalah seluas 5 ekar. Ianya merupakan tapak perkongsian bersama antara dua Kariah iaitu :

1. Kariah Masjid Al-Muhsinin Darulaman Heights

2. Kariah Masjid Al-Ikhlas Taman Tunku Sarina

Pembangunan tanah perkuburan ini dirancang mengikut beberapa fasa bergantung kepada keperluan semasa.

Bagi fasa pertama ( 2018 ), seluas 1 ekar tanah telah disediakan. Keluasan ini dapat menempatkan sejumlah 208 liang kubur.

Untuk memudahkan pengurusan, tanah perkuburan RJ ini telah dibahagikan kepada 4 sektor iaitu :

Sektor A : Lelaki 

Sektor B : Perempuan

Sektor C : Kanak-kanak Lelaki

Sektor D : Kanak-kanak Perempuan

Tanah perkuburan ini mula beroperasi pada 8hb Mei 2018.

Lokasi

Tanah perkuburan RJ ini terletak dikawasan perumahan Taman Tunku Intan Shafinaz ( TTIS ) Bandar Darulaman. Kedudukannya adalah berhadapan dengan Pangsapuri IKHLAS.

Koordinate : 6°14'23.0"N 100°27'27.8"E 

WhatsApp Image 2021 06 08 at 12.46.28 PM1

WhatsApp Image 2021 06 24 at 11.14.34 AM

Google Map Raudhatul Jannah

Design by: XOOPS UI/UX Team